fbpx

Besut dijangka daerah terawal dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosman (dua dari kiri) memeriksa persiapan banjir di Pejabat APM Terengganu, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Besut diramal akan menjadi daerah pertama yang akan dilanda banjir pada musim tengkujuh tidak lama lagi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Mohd. Rosman Abdullah berkata, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi, banjir yang dijangka berlaku pada awal bulan depan itu kemudiannya akan melarat ke daerah-daerah lain di seluruh negeri.

“Seramai 550 anggota APM Terengganu telah bersiap sedia menghadapi musim banjir tahun ini yang dijangka bermula awal November depan.

“Kita telah dilengkapi 228 buah aset seperti lori dan bot untuk melakukan kerja-kerja penyelamatan dan pemindahan mangsa banjir,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Rosman berkata, sebanyak 580 pusat pemindahan sementara (PPS) telah bersedia untuk menampung sehingga 270,000 mangsa banjir dari seluruh Terengganu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI