fbpx

Amaran ribut petir di empat negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada susulan amaran ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di empat buah negeri tengah hari ini.

MetMalaysia dalam satu hantarannya tadi berkata, hujan lebat berserta ribut petir diramalkan akan berlaku di Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga pukul 1 tengah hari nanti.

“Hujan lebat berserta ribut petir itu dijangka akan melanda daerah Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor.

“Manakala di Sarawak, cuaca sama turut diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Miri (Miri),” katanya di sini tadi.

Selain itu di Sabah, kawasan yang turut dikenakan amaran ribut petir ialah Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat), manakala cuaca sama turut bakal melanda seluruh Wilayah Persekutuan Labuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI