PUTRAJAYA – Sebanyak 6,377 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 2,454,749 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://t.co/aIQttvCbIP.
“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. – K! ONLINE