fbpx

V jayakan konsert sambil duduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
V BTS

KECEDERAAN yang dialami penyanyi V daripada kumpulan BTS menyebabkan dia dihalang daripada melakukan gerakan berat seperti koreografi tarian.

Keadaan tersebut sekali gus membuatkan dia terpaksa mengadakan persembahan secara duduk ketika menjayakan konsert BTS Permission To Dance On Stage yang berlangsung Ahad lalu.

Menurut agensinya, Big Hit Music, V mengalami kecederaan pada bahagian otot betis sehari sebelum konsert tersebut berlangsung.

“V mengalami kesakitan pada bahagian kakinya sewaktu menjalani latihan pada petang 23 Oktober lalu. Dia kemudian menerima rawatan di hospital.

“Bagaimanapun, doktor yang merawat memberitahu tiada sebarang kesan teruk pada tulangnya, tetapi V dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang pergerakan lincah seperti tarian buat masa ini,” katanya.

Bagaimanapun menurut Big Hit, kemunculan penyanyi itu pada konsert tempoh hari disebabkan keputusannya sendiri untuk menyertai ahli BTS yang lain.

“Dia mahu menyertai konsert tersebut sampai habis, maka kami memutuskan membataskan pergerakan V. Oleh itu, V menjayakan persembahan secara duduk dan tanpa melakukan koreografi,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI