fbpx

Tiga skim bantu pulihkan usahawan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah) ketika melancarkan tiga skim baharu Hijrah Selangor untuk usahawan terkesan pandemik Covid-19. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kerajaan negeri mewujudkan tiga skim dengan peruntukkan RM80juta dalam membantu usahawan memulih dan memulakan semula perniagan akibat terkesan daripada pandemik Covid-19.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tiga skim itu masing-masing adalah i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim dengan pinjaman telah dipertingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM100,000.

“I itu adalah islamik dan objektif kita memastikan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) menepati kehendak syariah dari segi penawaran modal.

“Kita tidak meletakkan berapa yang akan mendapat manfaatnya dan bergantung kepada permohonan keperluan seseorang usahawan itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan tiga skim pembiayaan baharu tersebut di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini, hari ini.

Berdasarkan skim tersebut, i-Lestari menawarkan modal tambahan daripada RM51,000 kepada RM100,000 kepada usahawan menjalankan aktiviti perniagaan dan mengembangkan perniagaan.

i-Agro kepada usahawan dan graduan menganggur ceburi aktiviti pertanian, penternakan dan akuakultur bermula RM1,000 hingga RM50,000. Sementara i-Bermusim kepada mereka menjalankan perniagaan seperti bazar Ramadan, Perayaan dan gerai buah-buahan.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, Hijrah Selangor telah menyalurkan sebanyak 74,929 pembiayaan dengan nilai pembiayaan keseluruhan berjumlah lebih RM601 juta, setakat ini.

“Program usahawan bukan sekadar modal tetapi bagaimana modal dapat disalurkan dan digunakan sebaik mungkin.

“Macam penanaman cendawan bukan begitu sukar dan memerlukan tapak serta ruang dengan kita bantu dengan memberikan khidmat nasihat,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI