fbpx

Solskjaer ibarat telur di hujung tanduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLSKJAER semakin berdepan tekanan tinggi untuk menyelamatkan masa depannya di United selepas pengurusan kelab dikatakan cuba menghubungi Conte bagi menggantikannya. – AFP

MANCHESTER – Jangka hayat pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer di kelab itu dilihat semakin berada di hujung tanduk selepas dibelasah 0-5 oleh Liverpool pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford Ahad lalu.

Lebih menghangatkan ke­adaan, pengurusan United dikatakan sudah mengatur langkah apabila menghubungi bekas pengendali Chelsea, Antonio Conte bagi menggantikan Solskjaer.

Meskipun sekadar spekulasi, namun berita itu boleh menjadi kenyataan memandangkan Conte tidak terikat dengan mana-mana pasukan pada ketika ini selepas meninggalkan Inter Milan.

Beberapa media tempatan juga melaporkan, jurulatih dari Itali itu turut berminat dengan tawaran tersebut, sekali gus meletakkan Solskjaer berada dalam keadaan cukup tertekan.

Pada masa sama, pengurus legenda United, Sir Alex Ferguson memandang tinggi kemampuan yang dimiliki Conte ketika jurulatih Itali itu mengemudi Chelsea menjuarai EPL 2016/17.

“Beliau (Conte) seorang pengurus yang hebat. Anda semua boleh lihat tenaganya ketika berada di padang dan ia merupakan cerminan kepada pasukan yang dibimbingnya.

“Pada awalnya, mereka (Chelsea) tewas kepada Arsenal dan Liverpool, namun selepas beliau mengubah taktikal, pasukannya mendahului saingan liga untuk tempoh yang lama,” katanya.

Selain Conte, United juga menyenarai pendek calon lain termasuk Zinedine Zidane yang masih menganggur, namun Conte dikatakan calon teratas.

Bagaimanapun, wartawan Itali, Fabrizio Romano menjelaskan, Conte cukup dikenali tidak gemar menyertai pasukan pada pertengahan musim kerana itu bukan gayanya, namun United mungkin mampu mengubah fikirannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI