PETALING JAYA- Penceramah terkenal, Ebit Lew meneruskan jelajah percutiannya bersama keluarga di bumi Eropah dengan mengunjungi Taman Tema Disneyland Paris yang terletak di Perancis hari ini.
Menerusi perkongsian Ebit di Facebook rasminya, beliau menjelaskan menyambung perjalanan ke Paris bagi membawa isteri dan anak-anaknya untuk ke Disneyland.
“Alhamdulillah, syukur terus sambung jalan bawa bidadari dan anak-anak ke Disneyland Paris.
“Dunia sementara, akhirat selamanya. Satu hari kita dah tiada, doa anak-anak ialah anugerah Allah yang terbesar, berilah masa untuk anak-anak” tulisnya.
Katanya, bagi anak-anak cinta ialah masa dan ia akan berlalu.
“Tetapi kenangan bersama mereka akan menjadi amal dan pahala di akhirat nanti. Menggembirakan keluarga sunnah baginda.
“Gembirakanlah mereka dengan berbual dan makan bersama, mendengar cerita mereka, semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.
Kosmo! Online sebelum ini melaporkan Ebit membawa isteri dan anak-anak bercuti di Switzerland selepas mendapat kebenaran kerajaan untuk merentas negara dan memenuhi semua syarat ditetapkan pihak berkuasa. -K! ONLINE