JAKARTA – Suruhanjaya Pemberantasan Rasuah Indonesia (KPK) akan terus menyiasat kes rasuah melibatkan projek pembinaan beratus-ratus buah tandas di sejumlah institusi pendidikan di Kabupaten Bekasi lapor portal berita Kompas.com semalam.
Wakil Ketua KPK, Alexander Marwata berkata, pasukan penyiasat KPK sudah meminta keterangan sejumlah pihak yang terbabit dengan kes tersebut.
“Betul, kami menerima laporan mengenai kes rasuah ini daripada masyarakat dan kami sudah membuka kertas siasatan untuk dilakukan verifikasi dan klarifikasi terhadap pihak yang disyaki terlibat,” kata Alex di Ibu Pejabat KPK , Jakarta semalam.
Beliau bagaimanapun enggan menyebut nama pihak atau individu yang disiasat oleh agensi antirasuah berkenaan.
“Kami akan mendedahkan dengan lebih terperinci setelah mendapat bukti yang mencukupi nanti,” ujarnya
Menurut pihak berkuasa, kes rasuah tersebut melibatkan projek pembinaan tandas sekolah yang bernilai 98 bilion rupiah (RM28.6 juta). – Agensi