fbpx

Penjara Reman Pulau Pinang bebas Covid-19 sejak September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Suhairi (dua dari kiri) menerima sumbangan kuih dan muruku daripada Thanabalan (tiga dari kanan) di pekarangan Penjara Reman Pulau Pinang di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Tiada kes positif Covid-19 dicatatkan membabitkan banduan di Penjara Reman Pulau Pinang di sini sejak September lalu.

Timbalan Pengarahnya, Mohd. Suhairi Awang berkata, jumlah terkini banduan di penjara itu adalah 2,238 orang dan pihaknya memastikan prosedur operasi standard (SOP) ketat ketika menjalankan proses keluar masuk banduan untuk ke mahkamah.

“Banduan di penjara ini juga telah disuntik vaksin jenis Cansino sejak September lalu.

“Situasi Covid-19 dalam kalangan banduan adalah terkawal di mana tiada kes positif Covid-19 dicatatkan sejak September lalu,” katanya kepada pemberita di pekarangan Penjara Reman Pulau Pinang di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd Suhairi menerima 2,000 paket kuih dan muruku dari Pengerusi Malaysia Hindudharma Mamandram, Thanabalan Nanda Kumar sempena sambutan perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 4 November depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI