fbpx

Pegawai waran, rakan didakwa bunuh pesara tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hafidz (kiri) dan Muhammad Ahmad (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Taiping selepas didakwa membunuh seorang pesara tentera yang mayatnya ditemukan di Bukit Sumpitan dekat Selama dua minggu lalu. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

TAIPING – Seorang askar dan rakannya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pesara tentera yang mayatnya ditemui di kawasan semak di Bukit Sumpitan dekat Selama, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Hafidz Ibrahim, 34, dan Muhammad Ahmad Md. Yusoff, 31, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Farah Syahidah Mohd. Noh.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Hafidz berpangkat pegawai waran dan Muhammad Ahmad yang bekerja sendiri didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd. Zaki Md. Aluwee, 42.

Perbuatan tersebut dilakukan di hutan bebas jarak kira-kira 60 meter dari Jalan Kubu Gajah-Lenggong di Mukim Hulu Ijok dalam daerah Selama antara pukul 5.30 petang hingga 10.50 malam, 10 Oktober 2021.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Roslan Mohd. Suki manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Nur Farah menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat mangsa dengan sembilan kesan tikaman pada badan dalam keadaan hampir membusuk dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh tiga hari.

Mangsa sebelum itu dilaporkan dilarikan secara paksa dari rumahnya oleh dua individu dikenali di Taman Ngah Ibrahim, Taiping.

Punca pembunuhan dipercayai akibat masalah cemburu di mana anggota tentera itu menuduh mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI