fbpx

Operasi cari nelayan hilang disambung esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan operasi SAR mencari nelayan dipercayai lemas di Kuala Kurau petang tadi.

PARIT BUNTAR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) nelayan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut di Pengkalan Persiaran Laut Kuala Kurau di sini akan disambung semula esok.

Terdahulu, kehilangan mangsa dilaporkan kepada pihak polis pagi semalam sebelum menghubungi bomba pada pukul 9.40 pagi untuk bantuan SAR.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, operasi SAR telah dijalankan melibatkan tiga buah bot dengan 16 anggota penyelamat daripada pelbagai agensi.

Menurut jurucakap itu, sebuah bot dengan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau ditugaskan untuk operasi itu.

“Dua buah lagi adalah bot Kilat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan empat anggota dan bot Kerambit milik polis Marin (enam).

“Kawasan pencarian diperluaskan sehingga 15 batu nautika di lokasi mangsa dipercayai terjatuh,” ujar jurucakap tersebut.

Bagaimana pun, sehingga petang mangsa masih tidak ditemui dan operasi SAR ditangguhkan pada pukul 6.41 petang.

Operasi yang melibatkan keseluruhan seramai 50 anggota pelbagai agensi itu diketuai PPgB Muhamad Ibrahim Mohd. Zin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI