fbpx

Nasib Siti Najikhah dapat perhatian UPSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Izwan (kiri) menyampaikan surat akuan tawaran penerimaan dermasiswa WEZAS UPSI kepada Siti Najikhah di kediamannya, Sekinchan baru-baru ini.

TANJUNG MALIM – Nasib yang menimpa pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti Najikhah Md Hamin, 22, yang tinggal di Kampung Batu 23 Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor mendapat perhatian universiti berkenaan.

Pelajar itu hilang tempat bergantung setelah kehilangan beberapa ahli keluarganya sejak setahun lalu menerima bantuan dermasiswa UPSI sebanyak RM1,500.

Siti Najikhah memberitahu abangnya, Mohd. Norhelmi Md Hamin yang meninggal dunia Ogos tahun lalu kerana barah dan jangkitan kuman manakala isterinya, Noor Azlina Mat Isa yang menderita barah payudara meninggal dunia pada April tahun sama.

“Allahyarham abang meninggalkan empat orang anak yang berusia lima hingga 15 tahun yang menjadi yatim piatu. Sebagai adik bongsu, saya merasai penderitaan mereka.

“Anak sulung mereka, Ifti Inshirah yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) perlu sentiasa dipantau dan diberi pengawasan kerana adakalanya diserang sawan tiba-tiba,” ujarnya.

Kesemua lima orang anak saudaranya kini menjadi amanah keluarga Siti Najikhah dan nenek di sebelah ibu mereka.

Nasib Siti Najikhah diuji lagi dengan pemergian bapa tercinta, Md. Hamin Taha, 72, akibat demam panas pada Mac diikuti ibunya, Martini Saleh, 66, pada 18 Oktober lalu kerana jangkitan kuman.

Siti Najikhah juga terpaksa menggalas tanggungjawab menjadi penjaga lima orang anak Allahyarham abang sulungnya, Mhd. Darul Aman Md Hamin, 44, yang meninggal dunia lima tahun lalu dan meninggalkan seorang balu.

Disebabkan itu, emosi Siti Najikhah terkesan kerana berhadapan situasi yang berat, malah tidak mempunyai pendapatan apatah lagi masih menuntut namun reda dengan ketentuan Ilahi.

“Walaupun hati saya luluh melihat seorang demi seorang ahli keluarga saya pergi, tetapi saya perlu cekal mengharungi ujian yang Allah berikan pada saya ini,” jelasnya yang sebak berkongsi kisah hidupnya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof Madya Dr. Mohd. Izwan Shahril berkata, pihak universiti menyampaikan sumbangan berbentuk derma siswa sebanyak RM1,500 kepada Siti Najikhah sehingga tamat semester agar dia meneruskan pengajian.

Menurut beliau, UPSI menerusi Pusat Wakaf, Endowment, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) bersimpati dengan nasib Siti Najikhah yang kehilangan tempat bergantung, malah akan mempertimbangkan pemberian bantuan sara hidup tambahan untuk beliau.

“Sejak WEZAS UPSI ditubuhkan, lebih 9 ribu pelajar dengan bantuan sebanyak RM3.1 juta diagihkan. Justeru, kita juga mempelawa mana-mana badan korporat yang berhasrat menyumbangkan zakat mereka boleh menghubungi talian 05- 4506994,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI