fbpx

Nak jadi ‘grammar Nazi’, jangan malukan orang – Joe Flizzow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOE FLIZZOW

PETALING JAYA – “Kalau betul nak jadi ‘grammar Nazi’ (gemar mengkritik tatabahasa orang lain terutama bahasa Inggeris), janganlah memalukan orang.”

Itu pesanan penyanyi rap tersohor, Joe Flizzow atau nama lengkapnya, Johan Ishak tentang perangai jelek segelintir mereka yang mahir berbahasa Inggeris apabila berdepan orang lain yang tidak fasih bahasa tersebut.

Kata pelantun lagu Havoc itu, dia yang selesa berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris dalam kehidupan seharian mengakui masih melakukan kesilapan tatabahasa terutama dalam soal penulisan lirik lagu.

“Saya dibesarkan oleh ibu bapa yang pernah bekerja sebagai penulis. Ibu saya akan selalu memperbetulkan kesalahan bahasa saya.

“Disebabkan saya selalu dengar lagu hip hop, kadang-kadang struktur bahasa dalam lagu yang saya tulis banyak silap. Ibu tegur tapi saya tak pernah rasa tersinggung,” kata Joe, 42, kepada Kosmo! Online.

Ujar anak kepada bekas penyampai berita TV3, Ishak Nengah itu, dia mempunyai pendekatan tersendiri untuk menegur sesiapa sahaja kenalannya yang melakukan kesalahan bahasa terutama dalam bahasa Inggeris.

“Kadang-kadang staff saya buat kesilapan bahasa Inggeris, saya betulkan tapi ‘tarik tepi’ (tegur secara peribadi).

“Saya tegur sebab saya taknak mereka buat kesilapan yang sama. Kalau kesilapan itu dilakukan sekali atau dua kali dan terus dilakukan, tarik tepi dan betulkan.

“Sama juga kalau saya nak belajar bahasa baharu. Saya rasa saya tak segan apabila ditegur,” katanya lagi.

Joe berkata demikian pada majlis pelancaran aplikasi SOLS Edu yang menawarkan program pembelajaran yang merangkumi kemahiran Asas Bahasa Inggeris Untuk Pekerjaaan (Work Essential English) semalam.

“Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa yang memberi banyak manfaat kepada semua. Baru-baru ini, saya ada membuat bersiaran langsung (live) Instagrammbersama Tengku Iman dan Alyph dalam bahasa Inggeris.

“Menerusi ruangan komen boleh dikatakan ramai peminat meminta saya berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Insiden itu sedikit sebanyak membuatkan saya sedar mereka ingin belajar bahasa Inggeris,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI