fbpx

Mila Jirin enggan anak terlibat ujian klinikal vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILA JIRIN

PETALING JAYA – Penyanyi dan juga usahawan Mila Jirin melahirkan rasa tidak bersetuju dengan rancangan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi menjalankan ujian klinikal vaksin Covid-19 Sinovac terhadap kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagarmnya, Mila atau nama lengkapnya Norsyarmilla Jirin, 33, meminta maaf kepada Kementerin Kesihatan Malaysia (KKM) kerana sebagai ibu, dia tidak akan bersetuju sekali gus enggan membiarkan anaknya menyertai ujian klinikal tersebut.

“Maaf KKM, kami ibu bapa tidak akan biarkan anak kami sertai ujian (klinikal vaksin Covid-19). Harap maklum,” ujar Mila.

Kata penyanyi yang popular menerusi lagu Persis Mutiara itu lagi, walaupun dia menghalang anaknya daripada menyertai ujian tersebut, Mila menegaskan bahawa dirinya bukan seorang antivaksin.

“Saya bukan antivaksin. Saya sudah pun divaksinasi untuk mencapai imuniti kelompok vaksin. Tetapi untuk kanak-kanak, saya tetap katakan tidak,” jelasnya.

Menjengah dalam ruangan komen, ramai pengikutnya turut bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Mila bagi menghalang anak-anak dijadikan ujian klinikal vaksin Covid-19.

“Kenapa anak kami kena jadi ujikaji? Ingat anak kami tidak ada nilai ke?” kata seorang pengikutnya.

“Cukuplah kami ibu bapa yang divaksin mendapat kesan sampingan. Saya tidak sanggup bila anak-anak yang masih kecil menanggung derita selepas divaksin,” kata seorang lagi pengikutnya.

Semalam kerajaan mengumumkan bahawa Malaysia terpilih bagi menjalankan kajian klinikal Fasa 3 vaksin Covid-19 Sinovac keluaran syarikat China dengan sasaran kanak-kanak bawah usia 12 tahun.

Kajian klinikal Fasa 3 itu akan bermula akhir bulan ini di 10 lokasi, meliputi lapan kemudahan bawah Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI