fbpx

Markas operasi digempur, 13 ah long diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas ekoran penangkapan 13 ahlong menerusi Operasi Vulture yang dijalankan di Horizon Hill, Iskandar Puteri, Johor semalam. - Foto IHSAN POLIS

ISKANDAR PUTERI – Polis berjaya membongkar kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ah long yang menjadikan premis di kawasan elit di Horizon Hill di sini sebagai pusat operasi ceti haram.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejayaan itu hasil siasatan dan risikan pihaknya sebelum melakukan Operasi Vulture pada pukul 1 tengah hari semalam.

Menurutnya, 13 ahli sindiket ah long merupakan warga tempatan berjaya diberkas masing-masing berusia antara 19 hingga 28 tahun.

“Dalam operasi berkenaan, polis turut merampas 25 telefon bimbit, dua komputer, 19 kad ATM, satu kotak berisi dokumen perjanjian dan surat-surat yang dihantar kepada peminjam yang gagal membayar pinjaman.

“Hasil siasatan yang dijalankan terhadap kesemua suspek, tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dzulkhairi, kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

“Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Mahkamah Johor Bahru untuk proses mendapatkan reman,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI