fbpx

Malaysia bakal perkasa rawatan tradisional, komplementari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan sedia membangunkan potensi perubatan tradisional dan komplementari (T&CM) tempatan yang akan dipandu peraturan selia dan polisi nasional.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia selaras usaha Malaysia yang memperakui langkah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memaksimumkan lagi potensi rawatan T&CM.

“Malaysia juga ingin ambil peluang ini merakamkan penghargaan kepada WHO kerana beri sokongan kepada negara anggota yang mengangkat tinggi imej profesion T&CM,” jelasnya.

Teks ucapan beliau melalui slot Agenda Bilangan 12 bertajuk T&CM pada Mesyuarat Sesi Ke-72 Jawatankuasa Serantau Pasifik Barat WHO di Himeji, Jepun hari ini diterbitkan di sini.

Badan dunia di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu memperakui T&CM menerusi Pelan Strategi 2014-2023 yang dikeluarkan pada 2013 dan diperakui 170 negara setakat ini.

Namun, hanya separuh daripada 194 negara anggota PBB memiliki dasar nasional mengenai T&CM manakala 124 negara sudah menggubal peraturan kawal selia perubatan alternatif itu.

Ini termasuk Malaysia yang telah mempunyai dan mewartakan Akta T&CM 2016 atau Akta 775 bagi memantau pengamal bidang itu secara berfasa melalui pembentukan Majlis T&CM.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia ada peluang terbaik pengamalan T&CM kerana kaya dengan masyarakat majmuk yang pelbagai ketamadunan dan pengetahuan tradisi silam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI