fbpx

Kang Ye-won positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANG YE-WON

PELAKON popular Korea Selatan, Kang Ye-won dilaporkan menjadi mangsa terbaharu jangkitan Covid-19 baru-baru ini seperti dimaklumkan agensinya, J-Wide Company.

Ye-won pada awalnya didapati negatif ketika menjalani ujian pada 21 Oktober, namun disebabkan keadaan kesihatannya yang agak teruk, dia kemudian melakukannya sekali lagi dua hari selepas itu.

“Kang Ye-won kemudian disahkan positif Covid-19 pada 24 Oktober. Dia sekarang menjalani rawatan dan kuarantin di rumah,” ujar agensi tersebut.

Ye-won melakukan ujian kendiri di set penggambaran drama lakonannya, Just One Person.

Salah seorang stafnya juga turut dilaporkan positif, namun pekerja yang lain bagaimanapun didapati negatif.

Disebabkan perbezaan jadual penggambaran, pelakon-pelakon lain yang terlibat dalam drama tersebut iaitu Ahn Eun-jin, Joy dan Kim Kyung-nam tidak dijangkiti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI