fbpx

Juruteknik IT lakukan jenayah seksual dipenjara 3 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini atas pertuduhan mengugut remaja perempuan dan melakukan jenayah seksual sejak bulan lalu.

KANGAR – Seorang juruteknik teknologi maklumat (IT) terpaksa meringkuk di dalam penjara selama tiga tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan ugutan terhadap remaja perempuan dan jenayah seksual sejak bulan lalu.

Tertuduh, Razman Ramli, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengugut untuk menyebarkan gambar pornografi remaja berusia 14 tahun menerusi panggilan video aplikasi WhatsApp di sebuah rumah di Jalan Kaki Bukit, Padang Besar dekat sini pada pukul 8 malam, 19 September hingga pukul 9.30 malam, 24 September lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 15(b) Akta Seksual Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, bapa kepada seorang anak berusia empat tahun itu didakwa melakukan komunikasi seksual dengan remaja terbabit pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Sementara pertuduhan ketiga, tertuduh dituduh memiliki pornografi kanak-kanak dalam dua cakera keras di kawasan kebun getah di Padang Besar kira-kira pukul 10.30 pagi, 25 Oktober lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI