fbpx

Hamilton tidak fikir pasal kejuaraan F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON enggan terlalu memikirkan perebutan kejuaraan dunia F1 selepas tewas pada GP Amerika Syarikat di Litar The Americas Ahad lalu. – AFP

LONDON – Lewis Hamilton mengakui dia tidak memikirkan tentang perebutan gelaran dunia F1 susulan kegagalannya mempertahankan kemenangan ke atas seteru utamanya, Max Verstappen pada Grand Prix (GP) Amerika Syarikat kelmarin.

Hasil keputusan itu menyaksikan pemandu Red Bull, Verstappen kini mendahului carta kedudukan dengan kelebihan 12 mata, sekali gus berpeluang untuk meraih gelaran dunia F1 ketika perlumbaan hanya berbaki lima pusingan sebelum tamat.

Lebih menarik, Hamilton yang mendahului perlumbaan tersebut dilihat gagal menghalang Verstappen untuk menjuarai kemenangan selepas hanya dipisahkan 1.333 saat.

Sudah pasti, keadaan itu membuatkan Hamilton ‘pening’ sambil menjangkakan perlumbaan sukar untuk mengejar Verstappen di puncak kejuaraan.

“Saya tidak memikirkannya pada waktu ini dan saya hanya perlu gembira dengan tugas yang saya lakukan. Saya akui kami tidak cukup pantas di sana.

“Apa pun, saya perlu terus melihat ke hadapan dan kekal tenang dengan fokus satu perlumbaan pada satu masa.

“Terdapat dua litar yang mungkin memberi kelebihan kepada Red Bull, jadi kami perlu meminimumkan kekuatan mereka dan terus melakukan terbaik dalam baki pusingan musim ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hamilton turut mengakui Red Bull mempunyai kelebihan beraksi dalam keadaan litar yang panas sekali gus mampu memecut dengan lebih laju.

“Ketika di Austin, saya jangkakan kami mungkin boleh menang, saya memberikan segala-galanya di luar sana tetapi sebaliknya berlaku.

“Saya rasa mereka lebih pantas sepanjang minggu. Hanya dalam keadaan panas, itulah kekuatan sebenar mereka yang cemerlang sepanjang perlumbaan,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI