fbpx

Hal-hal politik tolong jangan kait dengan saya – Sajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran di InstaStory Nur Sajat.

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, meminta agar isunya tidak dipolitikkan pihak-pihak tertentu.

Melalui satu hantaran di InstaStory, Nur Sajat berkata, dia meminta agar pihak-pihak berhenti menggunakan namanya dalam apa jua isu-isu dalam negara.

“Hal-hal politik, tolong jangan kait dengan saya, korang yang lembik tiba-tiba nak cakap macam sajat.

“Urusan politik terumbang-ambing stop (berhenti) guna nama Sajat. Saya perasan bila guna nama saya, semua benda yang lebih penting diam membisu,” katanya hari ini.

Tambahnya lagi, dia yang kini berada di Australia merasakan namanya sering digunapakai untuk mengaburi mata orang ramai terhadap isu-isu lain.

“Saya sudah berada di Australia, kenapa mahu disebut-sebut hal saya, suka hati korang lah.

“Memang mereka guna isu Sajat nak tutup segala masalah besar kat Malaysia itu, ‘corruption’ kan,” jelasnya.

Terdahulu, pada 18 Oktober lalu, Sajat, telah berhijrah ke Australia selepas dipercayai mendapat kelulusan ‘tiket’ kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Sebelum itu, polis turut mengesahkan Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok, Thailand bersama seorang lelaki berperwatakan seperti wanita warganegara tersebut ketika serbuan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Pada 9 September lalu, Sajat didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkaitan Imigresen di negara berkenaan dan dibebaskan sehari kemudian dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat oleh seorang warga tempatan.

Kosmo! baru-baru ini, melaporkan Sajat bakal tersenarai dalam kalangan individu muflis di negara ini selepas pemfailan pemiutang dilakukan terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI