fbpx

Hakim kecewa pegawai imigresen khianat negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALIYAN dijel sehari, denda RM11,000 selepas dia mengaku bersalah terima rasuah RM1,800 di Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor hari ini. - Gambar fail SPRM

SHAH ALAM – Hakim Mahkamah Sesyen meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan seorang pegawai imigresen yang telah mengkhianati negara sebelum menjatuhi hukuman denda RM11,000 dan penjara sehari, hari ini.

Baliyan Mohd. Bhanudin, 33, dijatuhi hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Hakim Rozilah Salleh atas satu pertuduhan menerima suapan RM1,800 berhubung cap keluar masuk warga asing pada tiga tahun lalu.

Hukuman penjara diarahkan bermula hari ini dengan tambahan penjara sehingga 11 bulan jika gagal membayar denda tersebut. Tertuduh membayar denda itu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dilepaskan bagi tiga pertuduhan lain.

Rozilah dalam penghakimannya menegaskan tertuduh yang telah bekerja sebagai pegawai Imigresen sejak 2012
telah mengkhianati tugasnya apabila memberi kelonggaran pada sesiapa sahaja untuk masuk ke negara ini.

“Saya rasa sangat kecewa sebab kamu frontliner menjaga pintu masuk Malaysia dan kamu khianati negara kita. Ini kesalahan sangat serius kerana melibatkan isu kelamatan negara dan hukuman penjara adalah perlu supaya ia dapat memberikan pengajaran kepada anda supaya tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu didakwa telah memperoleh wang berjumlah RM1,800 daripada R. Kanavenothan, 45, melalui akaun simpanan bank yang mana dia mengetahui Kanavenothan mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Dia yang bergred KP19 dan kini bertugas di Johor melakukan kesalahan itu sebuah cawangan bank di Seksyen 20, antara 19 hingga 28 September 2018.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI