fbpx

Didenda lebih 9 kali ganda nilai suapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD SYAUQI (kiri) didenda RM6,000 selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan menerima rasuah di Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor hari ini. - Gambar fai SPRM

SHAH ALAM – Tindakan seorang bekas pemotong bekalan elektrik menerima rasuah RM650 agar tidak memotong bekalan elektrik dua buah rumah, tahun lalu membawa padah apabila didenda lebih sembilan kali ganda nilai suapan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Muhammad Syauqi Mohammad Kamil, 27, didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mahkamah turut memerintahkan penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Tertuduh membayarnya.

Rozilah dalam penghakiman menasihatkan Muhammad Syauqi supaya berubah dan menjadikannya sebagai hikmah agar menjadi orang yang berguna pada masa akan datang.

“Saya percaya mak kamu kecewa dengan kamu, saya percaya kamu juga kecewa dengan diri kamu.

“Walaupun suapan 50 sen atau RM1 itu juga merupakan satu kesalahan yang sangat serius yang jika tidak dikawal akan menjadi barah dalam hidup kita,” katanya.

Muhammad Syauqi didakwa telah diberikan rasuah berjumlah keseluruhan RM650 daripada dua individu melalui akaun simpanan bank sebagai dorongan untuk tidak memotong bekalan elektik masing-masing di rumah yang disewa individu terbabit di Jalan Hijau Pelangi U9/55, Cahaya SPK, Seksyen U9, dekat sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan-kesalahan itu di cawangan sebuah bank di Setia Alam pada 8 dan 9 Januari 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI