fbpx

Dembele sedia berhijrah ke Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMBELE tidak menolak potensi berhijrah keluar dari Barcelona pada Januari ini selepas ejen peribadinya dikatakan sedang berbincang dengan pengurusan Newcastle. – AFP

BARCELONA – Pemain sayap sensasi Barcelona, Ousmane Dembele dilaporkan bersedia untuk berhijrah daripada Camp Nou untuk menyertai skuad ‘revolusi’ pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United pada Januari depan.

Sebagai rekod, kontrak Dembele yang menyertai Barcelona pada musim 2017 daripada kelab Jerman, Borussia Dortmund dengan nilai sebanyak £135.5 juta (RM773 juta) bakal berakhir pada penghujung musim ini.

Meskipun pemain antarabangsa Perancis itu sering dibelenggu kecederaan, kelab The Catalan tetap bersedia untuk menawarkan kontrak lanjutan lumayan kepadanya dengan harapan tidak kehila­ngan khidmatnya secara percuma tahun depan.

Namun, jika tonggak berusia 24 tahun itu enggan menandatangani kontrak baharu, Barcelona perlu menjualnya apabila jendela perpindahan dibuka pada Januari dengan pasukan Newcastle menjadi salah satu kelab sasaran.

Difahamkan, ejen peribadi Dembele sudah berbincang dengan pengurusan The Magpies itu untuk membincangkan potensi penghijrahan dalam masa terdekat selepas kelab itu diiktiraf sebagai yang terkaya di dunia selepas dibeli Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi dengan nilai £300 juta (RM1.70 bilion) baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dembele kini sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut yang dialami ketika mewakili skuad Perancis pada Kejohanan Euro 2020, Julai lepas dan dijangka membuat kemunculan pertama pada aksi bertemu Rayo Vallecano awal pagi esok.

“Dembele mula menyertai sesi latihan skuad utama sejak awal minggu ini dan sudah bebas daripada kecederaan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI