fbpx

Dahulu saya tomboy – Siva Aprilia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIVA APRILIA

PELAKON dan juga model Siva Aprilia mengakui bahawa dia tidak pernah digoda lelaki ketika masih menuntut di sekolah menengah kerana berperwatakan seperti lelaki (tomboy).

Ujar selebriti berusia 26 tahun itu, ketika masih bersekolah, penampilannya lebih kasar seperti budak lelaki dan tidak menarik.

“Berbanding rakan-rakan perempuan yang lain, saya yang paling buruk di mata lelaki. Sehinggakan saya langsung tidak pernah digoda.

“Ketika itu perwatakan saya kasar dan lasak. Saya juga aktif dalam olahraga dan lebih banyak berkawan dengan lelaki berbanding perempuan,” ujarnya.

Seiring dengan peningkatan usia, Siva berkata, dia kini sangat mementingkan penampilan dan akan menjaga kecantikan diri, lebih-lebih lagi kini dia terlibat dalam dunia hiburan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI