fbpx

Aroma najis tikus di kilang fucuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai kesihatan memeriksa sebuah kilang fucuk yang didakwa kotor di Simpang Ampat, Nibong Tebal hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Sebuah kilang memproses fucuk di Simpang Ampat, Nibong Tebal di sini diarah tutup serta merta dan dikompaun RM5,500 selepas didapati beroperasi dalam keadaan amat menjijikkan.

Ruang menghasilkan produk itu didapati berbau busuk seperti najis tikus, lipas dan lalat selain lebih lima ekor anjing berkeliaran di kawasan luar premis berkenaan semasa Ops Bersih oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang hari ini.

Bagaimanapun tiada najis tikus ditemui pada operasi berkenaan.

Pegawai Kesihatan Persekitaran BKKM, Mohd. Wazir Khalid berkata, pihaknya menyifatkan premis yang sudah beroperasi sejak kira-kira 12 tahun lalu itu kotor sebanyak 200 peratus.

“Dari sudut kebersihan, memang tempat ini amat membimbangkan kerana fucuk yang dibuat di sini berisiko menghasilkan kontaminasi silang yang boleh membahayakan pengguna.

“Kita dapati kilang ini juga beroperasi tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan, malah sudah pernah diserbu atas kesalahan sama tiga tahun lalu.

“Pemilik premis pernah berjanji untuk menghentikan operasi, namun perniagaan masih diteruskan sehingga hari ini,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu hari ini.

Menurutnya, tiga kompaun berjumlah RM5,500 meliputi kesalahan tiada pelabelan makanan, tidak berdaftar bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan beroperasi tanpa kebenaran dikeluarkan, manakala Majlis Bandaraya Seberang Perai turut mengenakan kompaun RM500 kerana berniaga tanpa lesen.

Tambah beliau, seorang lelaki warganegara Myanmar yang dipercayai satu-satunya pekerja di premis berkenaan turut berjaya melarikan diri semasa operasi.

Menurutnya, arahan penutupan premis maksimum 14 hari turut dikeluarkan mengikut Notis Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI