fbpx

Anwar gesa usul Petronas jual aset dibahas secara terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun membenarkan usul berkenaan laporan Petronas menjual aset gas di Azerbaijan untuk dirundingkan di Parlimen.

Bagaimanapun, kata Azhar, usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan dirundingkan dalam satu kamar khas pada pukul 2.30 petang.

Anwar namun bertegas usul tersebut dibahaskan secara terbuka di Dewan Rakyat kerana mendakwa ia melibatkan kesan kepada ekonomi negara dan masa depan syarikat negara tersebut.

Azhar namun berkata, keputusan membahaskan usul tersebut di Kamar Khas turut mengambil kira Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-Usul yang perlu dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Petronas sebelum ini dilaporkan mencapai persetujuan untuk menjual kepentingan perniagaan miliknya di Azerbaijan yang dianggarkan bernilai RM9.41 billion. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI