fbpx

Verstappen berjaya tawan GP AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN ceria menjulang trofi kemenangan selepas menjuarai GP AS di Litar The Americas, Austin, Texas awal pagi semalam. – AFP

USTIN – Pemandu Red Bull, Max Verstappen dilihat terus memperkukuhkan harapannya untuk menyambar gelaran dunia Formula Satu (F1) selepas berjaya meraih kemenangan di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) pagi semalam.

Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton terpaksa berpuas hati selepas mengakhiri saingan tempat kedua selepas ketinggalan 1.333 saat meskipun pada awal perlumbaan mendominasi saingan.

Keadaan itu pasti membuatkan pasukan Mercedes tidak se­nang duduk dengan situasi itu apabila Red Bull memastikan mereka terus menjarakkan kedudukan perebutan gelaran dunia dengan 12 mata.

“Sudah tentu kami ketinggalan sewaktu pelepasan grid perlumbaan tetapi kami merencana semula strategi untuk kekal bertahan dalam saingan ini.

“Tayar tidak dapat bertahan lama dan cepat haus di litar ini. Kami bertindak agresif dan saya tidak jangka kami dapat mendahului perlumbaan semula untuk menjuarai perlumbaan di Austin,” katanya.

Pada saingan itu, Verstappen memulakan saingan di petak pertama, namun gagal mengekalkan kedudukan itu selepas dipintas Hamilton di selekoh pertama.

Red Bull dilihat melakukan tindakan bijak apabila melakukan hentian pit lebih awal berbanding seteru dari Mercedes sekali gus meraih kemenangan pertamanya di Litar The Americas yang disaksikan 140,000 peminat.

Ia adalah kemenangan kela­pan Verstappen musim ini dan kali pertama di litar yang diungguli Hamilton sebanyak lima kali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI