fbpx

‘Tiada lagi Rock, Zombie Kampung Pisang, Manap Karaoke’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi Hattan mengimbau memori berpeluang bekerjasama dengan Allahyarham Mamat Khalid.

PETALING JAYA – Pemergian Allahyarham Mamat Khalid memberi impak terhadap penyanyi, Datuk Hattan yang mengakui peluang bekerja dengan pengarah prolifik itu dalam filem Rock Bro sebagai sesuatu yang cukup bermakna kepadanya.

Katanya, walau hanya beberapa babak, kesan watak sebagai penerbit dalam filem terbitan 2016 itu masih dirasakan sehingga kini biarpun sudah beberapa tahun berlalu.

“Abang saya tak boleh awal sangat bang… malam sikit (cuma boleh datang set penggambaran tengah malam).

“Katanya saya tunggulah. Ini watak memang untuk kamu. Itulah kata kata Abang Mamat kepada saya semasa saya menghubungi beliau sebelum penggambaran filem Rock Bro.

“Walaupun hanya beberapa babak sebagai undangan khas tetapi impaknya cukup hebat bagi saya.

“Saya masih ingat lagi kita shooting babak sebagai penerbit album lebih kurang pukul 1 pagi, selesai pukul 4 pagi tetapi saya puas,” katanya mengenang memori bersama Allahyarham yang dikongsi di Facebook.

Penyanyi Memburu Rindu tersebut juga tidak ketinggalan meluahkan kesayuan dengan kehilangan penggiat seni dihormati ramai itu yang disifatkan sebagai seorang lagenda.

Sebagai peminat hasil karya sutradara berkenaan, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 56, sudah bersedia menerima hakikat tidak akan berpeluang melihat lagi naskah sentuhan Mamat.

“Saya tahu selepas ini tiada lagi Rock, tiada lagi Zombie Kampung Pisang, tiada lagi Manap Karaoke.

“Abang Mamat memang legenda, lain daripada yang lain. Tiada galang gantinya. Tenanglah di sana abang ku,” tulisnya lagi.

Rock Bro adalah pengakhiran trilogi bermula filem Rock disusuli pula Rock Oo dan diakhiri Rock Bro yang memaparkan zaman kejatuhan era rock tempatan disebabkan kemasukan aliran muzik baharu seperti rap dan hip-hop pada awal dekad 1990-an.

Selain Hattan sebagai bintang undangan, Rock Bro yang menonjolkan band Rimba Bara menampilkan barisan asal termasuk Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan dan Azmi Baharon Mamat.

Seperti karya Mamat yang lain, filem ini juga dekat dengan Allahyarham apabila dia mengakui itu adalah sebahagian daripada realiti kehidupannya ketika zaman muda.

Allahyarham Mamat menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada usia 58 tahun ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak, pukul 12.30 tengah malam hujung minggu lalu.

Arwah dipercayai mendapat serangan jantung dan tidak sedarkan diri ketika berada di kafe miliknya dikenali Sarang Art Hub.

Ends

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI