fbpx

Tiada kad pengenalan, remaja tak dapat ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROKIAH dan Muhammad Faiz dari Kampung Ayer Baloi, Pontian merayu agar ada pihak dapat membantu mereka bagi membolehkan anak angkatnya itu mendaftarkan kad pengenalan untuk menyambung pelajaran ke sekolah menengah.

PONTIAN – Disebabkan tidak mempunyai kad pengenalan, seorang remaja yang tinggal bersama ibu angkatnya di Kampung Ayer Baloi di sini tidak dapat menyambung pelajaran di pe­ringkat sekolah menengah.

Menurut Rokiah Yudik, 64, dia menjadikan Muhammad Faiz Naqqiudin Abdullah, 13, sebagai anak angkat sejak remaja itu berusia tiga hari.

Katanya, anak angkatnya itu lahir pada 16 Oktober 2008, dan diserahkan kepadanya oleh seorang wanita.

“Ketika itu saya tinggal di Bandar Ulu Tiram, Johor Bahru, kerja ambil upah mengurut ibu baru lahir.

“Saya pun tidak sangka seorang wanita berusia 24 tahun datang berjumpa saya untuk mengurut sebelum tiba-tiba menyerahkan bayinya kepada saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ayer Baloi di sini baru-baru ini.

Tambah Rokiah, sebelum ini ketika tinggal bersama anaknya di Kuala Lumpur, Muhammad Faiz telah bersekolah di sebuah sekolah rendah di Ampang dengan menggunakan sijil kelahirannya.

Jelasnya, apabila memasuki sekolah menengah, pihak sekolah meminta kad pengenalan, namun dokumen tersebut tiada kerana anak angkat saya belum mendaftarnya di Jabatan Pendaftaran Negara.

“Untuk mendapatkan kad pengenalan, saya perlu me­nunjukkan surat hak penjagaan Muhammad Faiz daripada ibu kandung sebagai bukti, tetapi saya tiada surat itu,” ujarnya.

Rokiah yang merupakan seorang ibu tunggal berkata, semasa penyerahan Muhammad Faiz, hanya ada dokumen sijil kelahiran dan kad rawatan ibu mengandung dari sebuah Klinik Kesihatan di Johor Bahru.

Menurutnya, rekod pada Sijil Kelahiran mencatatkan nama ibu Muhammad Faiz sebagai Siti Marliana Hassan yang beralamat di No. 24, Jalan Nilam 19, Taman Nilam, Ulu Tiram.

Justeru, Rokiah berharap orang ramai yang mengetahui di mana Siti Marlina Hassan boleh menemuinya di Kampung Ayer Baloi, Pontian, Johor atau berhubung melalui 017-7880503. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI