fbpx

SOP kemasukan pekerja asing ladang sawit diperketatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sebelum menerima 32,000 pekerja asing untuk sektor perladangan sawit di seluruh negara.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pihak majikan pula akan memastikan semua pekerja telah divaksinasi dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh mereka sendiri.

Menurutnya, Kerajaan Indonesia juga menyambut baik prosedur yang ditetapkan untuk rakyat negara itu bekerja di sini.

“SOP kemasukan pekerja asing yang bakal dikuatkuasakan itu akan menumpukan kepada pengambilan pekerja asing di sektor perladangan sawit terlebih dahulu. Segala kos bagi membawa masuk pekerja asing ini di bawah tanggungjawab majikan bagi setiap kelulusan yang diperoleh.

“Bagi sektor ini juga, pekerja asing dari Indonesia boleh dibawa masuk terlebih dahulu, diikuti dengan negara-negara sumber lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, perincian selanjutnya berhubung senarai pusat kuarantin serta mekanisme untuk membawa masuk pekerja asing dari negara sumber akan dikeluarkan oleh kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam masa terdekat.

“Sebarang perubahan SOP adalah tertakluk kepada perbincangan dengan pihak KSM, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM),” ujarnya.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyambut baik kelulusan SOP kemasukan pekerja asing oleh Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Oktober. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI