fbpx

Simpan arak seludup RM1 juta dalam van buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PPM Pelabuhan Klang menunjukkan van dan arak tidak bercukai yang dirampas dalam operasi itu.

KLANG – Kegiatan satu sindiket menjadikan van lama sebagai stor penyimpanan arak seludup bernilai hampir RM1 juta tumpas dengan merampas 4,125 tin dan botol arak pelbagai jenama di kawasan parkir Taman Kim Chuan, Pandamaran di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 3 petang itu turut menahan ahli sindiket yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga India berusia 29 tahun.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Asisten Komisioner Mohd. Shamsol Kassim berkata, ketika serbuan menerusi Op Kontraband dilakukan PPM Pelabuhan Klang mendapati suspek tersebut dalam keadaan mencurigakan sedang membuka sebuah van di tempat letak kenderaan taman perumahan tersebut.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati lelaki warga India itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan tiada bahan salah ditemukan dalam van berkenaan.

“Namun, hasil soal siasat kemudiannya membawa kepda lima van di lokasi sama oleh suspek yang menempatkan
4,125 tin dan botol arak pelbagai jenis arak seludup berjumlah RM943,346 termasuk cukai.

”Kita telah menyita kesemua van bernilai RM60,000 dengan jumlah keseluruhan dianggarkan RM1,003,346 dan dibawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, berdasarkan siasatan awal mendapati kegiatan itu beroperasi sejak tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambah Mohd. Shamsol, mereka dipercayai membeli van-van yang telah uzur dan tiada cukai jalan sebagai stor penyimpanan sebelum menjual arak itu kepada pembeli. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI