fbpx

Semakin sibuk, Ahn Bo-hyun jadi pemalas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHN BO-HYUN

NAMA aktor kacak Ahn Bo-hyun antara yang menjadi perhatian ketika ini kerana wajahnya sedang hangat menghiasi dua buah drama popular iaitu Yumi’s Cells dan My Name.

Disebabkan kesibukan jadual dan rutin hariannya menjadi semakin padat sejak kebelakangan ini, lelaki itu mengakui ada perubahan yang berlaku terhadap dirinya.

Akui Bo-hyun, dia kini bertukar menjadi seorang yang pemalas kerana kesibukan kerja.

“Saya jadi pemalas. Contohnya kalau kerja-kerja mengemas, membasuh baju dan pinggan mangkuk, sekarang saya jadi seorang yang akan melakukan semua kerja tersebut pada satu masa sekali gus.

“Dulu saya selalunya akan buat kerja-kerja tersebut tanpa perlu berfikir ‘saya akan buat ini sekejap lagi’. Tapi sekarang saya dah berubah. Mungkin saya sangat letih,” katanya.

Pada masa sama, Bo-hyun turut berkongsi bagaimana wataknya dalam My Name iaitu Jeon Pil-do mempunyai persamaan dengan dirinya yang sebenar.

“Luarannya, dia nampak kuat. Hakikatnya, Pil-do lemah kalau tahu seseorang itu terluka. Pil-do merupakan watak yang menderita dan sembuh sendirian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI