fbpx

Saling membenci tetapi akhirnya ke jenjang pelamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rifa dan Aryo akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri selepas saling membenci dan bermusuhan. - Rifa Azizah Maizan

JAKARTA – Sepasang suami isteri di Indonesia bertemu jodoh meskipun pernah saling membenci dan bermusuhan suatu ketika dahulu, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Menurut Rifa Azizah Maizan, pada tahun 2012 hingga 2013, dia dan suaminya, Aryo Adi Prabowo telah mula saling membenci.

“Saya benci akan sikap dan penampilannya pada waktu itu. Suami saya merupakan rakan kepada sahabat saya, Ryka dan dialah yang memperkenalkan kami berdua.

“Kami pernah bercinta hampir dua tahun, namun hubungan itu sering terputus, bertengkar dan disambung kembali berulang kali. 

“Pada tahun 2015, ada satu konflik berlaku sehingga membuatkan kami benar-benar berpisah dan terputus hubungan selama enam bulan,” cerita Rifa.

Tambahnya, segalanya berubah pada tahun 2016 apabila dia perlu menghadiri kursus bahasa Inggeris di bandar. Ketika dia memuat naik hantaran mengenainya di media sosial, Aryo meninggalkan komen kepadanya.

“Dia meminta saya agar berhati-hati sambil meninggalkan simbol berbentuk hati pada komen tersebut. Bermula dari situ, hubungan kami kembali bertaut,” ujarnya.

Pada 2019, Aryo kemudiannya menghantar rombongan merisik dan selang sebulan selepas itu, mereka mengikat tali pertunangan sebelum berkahwin pada Februari 2020.

Kisah cinta pasangan suami isteri itu menjadi tular di TikTok dengan menerima lebih 3.2 juta tontonan serta pelbagai komen daripada netizen.

“Justeru, jangan terlalu membenci seseorang kerana ia akan berubah menjadi cinta,” kata seorang netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI