fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 12 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda beberapa kawasan di 12 buah negeri sehingga pukul 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu akan melanda seluruh negeri Perlis serta Perak.

“Selain itu, bagi kawasan di negeri Kedah, keadaan hujan lebat serta ribut petir dijangka akan berlaku di Kubang Pasu, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Sementara itu, di Kelantan membabitkan kawasan Tumpat, Kota Bharu, Jeli dan Gua Musang, manakala bagi kawasan di negeri Terengganu di Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan juga Kemaman,” katanya hari ini.

Tambahnya, cuaca tidak menentu itu juga dijangka akan melanda negeri Pahang membabitkan kawasan di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin, selain di Selangor pula di Hulu Selangor.

“Bagi kawasan di Negeri Sembilan pula di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol, sementara di Johor di Mersing, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru.

“Ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda negeri Sarawak di Serian, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Beluru, Miri dan Marudi), dan Limbang manakala kawasan bagi negeri Sabah di Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Beluran) serta Kudat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI