fbpx

Pembangkang pertikai larangan kempen fizikal PRN Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan ketetapan Kementerian Kesihatan (KKM) melarang sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Datuk Seri Saifuddin Nasution (PH-Kulim Bandar Baharu) berkata, Melaka telah pun beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), tetapi PRN di negeri itu perlu menuruti SOP berbeza.

“Pasar dibuka, sekolah dibuka, aktiviti keagaaman dan sukan dibenarkan, rentas negeri dibenarkan, seminar latihan, bengkel ceramah dibenarkan, majlis rasmi kerajaan dibenarkan, aktiviti sosial dibenarkan, pengedaran dan perdagangan dibuka.

“Semua dibenarkan. Ini bermaksud orang ramai akan berkumpul dan ada panduannya kena ada dua dos suntikan vaksin. Kemudian berlaku PRN Melaka dan SPR buat SOP (kempen) `walkabout’ tidak boleh, rumah ke rumah tidak boleh,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI