fbpx

Najib peroleh kebenaran pinda tarikh pulang pasport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR –  Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berjaya meminda tarikh pemulangan pasport antarabangsa selepas tiga Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonannya.

Berikutan kebenaran itu, Najib yang akan ke Singapura untuk melawat anak perempuan Noryaana Najwa yang dijangka bersalin awal bulan depan, boleh memulangkan pasport pada 6 Disember 2021.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan permohonan Najib untuk mendapatkan pasport daripada 20 Oktober lalu dan perlu dikembalikan kepada mahkamah pada 22 November ini.

Terdahulu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan tersebut selepas pendakwaan tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Mustaffa P. Kunyalam, Mohd. Ashrof Adrin Kamarulan dan Shafiq Hasim tidak mengemukakan sebarang bantahan memandangkan tarikh-tarikh perbicaraan dan sebutan kes yang dihadapi Najib telah diberikan tarikh baharu.

Sebum ini Ahli Parlimen Pekan itu dijadualkan untuk ke Singapura pada 3 November dan disebabkan pindaan tarikh baharu itu, beliau kini hanya akan ke negara tersebut pada 22 November ini selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan dua hari sebelum itu.

Pada Jumaat lalu, Najib memfailkan notis usul memohon untuk meminda tarikh pemulangan pasport kerana perlu menggantikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada kempen PRN Melaka.

Berdasarkan notis usul terpinda yang diperoleh, Najib memohon tarikh baharu pasportnya diserahkan secara sementara pada 25 Oktober dan dipulangkan pada 6 Disember ini untuk melawat anak perempuannya, Nooryana Najwa yang kini sedang berada di Singapura, yang bakal melahirkan cahaya mata baru (anak kedua).

Sementara itu menerusi afidavit sokongan tambahan Najib berkata, selepas mendapat kebenaran pasport daripada Mahkamah Rayuan beliau telah dimaklumkan berkenaan perkembangan Pilihanraya Kecil Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung pada 20 November 2021 dan penamaan calon yang akan dibuat pada 8 November 2021.

Selain Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor turut diberikan kebenaran untuk mendapatkan semula pasport antarabangsa untuk ke negara republik itu atas tujuan sama. Ahmad Zahid pula dibenarkan untuk mendapatkan pasport bagi untuk ke Jerman bagi mendapatkan rawatan bagi tulang belakangnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI