fbpx

Mourinho ‘buat hal’ dilayang kad merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOURINHO telah diarahkan keluar padang pada minit ke-80 selepas memprotes keputusan pengadil perlawanan secara keterlaluan.

ROM – Ketua jurulatih AS Roma, Jose Mourinho terus ‘buat hal’ selepas dilayangkan kad merah ketika menyaksikan pasukannya mengikat Napoli dengan keputusan seri 0-0 pada aksi Serie A di Stadium Olimpik, Rom awal pagi semalam.

Sebagai rekod, Mourinho terlebih dahulu dimalukan selepas kelab Giallorossi itu tewas 1-6 pada kelab kurang ternama dari Norway, Bodo/Glimt pada aksi Liga Konferensi Eropah, awal pagi Jumaat lepas.

Pada aksi semalam, Mou­rinho telah diarahkan keluar padang pada minit ke-80 selepas memprotes keputusan pengadil perlawanan secara keterlaluan.

Kata Mourinho, apa yang dipamerkan oleh pasukannya cukup positif kerana menjadi pasukan pertama menyekat Napoli meraih tiga mata selepas merekodkan mereka meraih kemenangan bersih pada lapan perlawanan sebelum ini.

“Ini adalah perlawanan yang cukup sengit buat kedua-dua pasukan yang memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi tidak berjaya dan saya anggap seri adalah keputusan yang adil buat kami.

“Mengenai kad merah, persoalan itu boleh diutarakan kepada pengadil kerana bukan saya seorang yang kena, malah jurulatih Napoli (Luciano Spalletti) turut dilayangkan kad merah dan mungkin pengadil yang mempunyai masalah.

“Secara jujur, saya tidak katakan perkara yang buruk terhadap pengadil tetapi inilah realiti yang perlu saya hadapi,” kata bekas pengendali Manchester United itu lagi.

Keputusan tersebut menyaksikan Napoli kekal mendahului carta Serie A dengan 25 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan, manakala Roma kekal di kedudukan keempat dengan 16 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI