fbpx

Man U vs Liverpool, imbau kembali Kampung Pisang Bersiri-siri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar salah satu babak dalam drama Kampung Pisang Bersiri-siri arahan Allahyarham Mamat Khalid yang kembali tular sejak beberapa hari lalu.

PETALING JAYA – Pertemuan dua gergasi bola sepak England, Manchester United dan Liverpool malam Ahad lalu ternyata menjadi tumpuan peminat bola sepak seluruh dunia.

Perlawanan musuh tradisi itu menyaksikan Liverpool berjaya menundukkan Manchester United dengan jaringan 5-0.

Di negara kita pertemuan di antara Manchester United dan Liverpool telah mengingatkan kembali kepada drama Kampung Pisang Bersiri-Siri arahan Mamat Khalid dan disiarkan pada 7 Disember tahun lalu.

Dalam adegan itu , salah seorang pelakon yang bernama Adi Talang memakai jersi , topi dan scarves Liverpool di sebuah warung makan telah bercerita penuh beriya-iya mengenai pasukan Liverpool yang telah menewaskan Manchester United.

Cerita kekalahan Manchester United telah di bawa sepenuh penghayatan oleh pelakon berkenaan sehingga Bell Ngasri yang turut berlakon dalam drama itu berasa amat kecewa dan sedih sambil memeluk tiang.

Ternyata orang ramai juga menyifatkan perlawanan tersebut mengingatkan kembali karya yang telah dihasilkan oleh Allahyarham Mamat Khalid.

“Babak tersebut berjaya menarik perhatian ramai dan dianggap kelakar. Ia mungkin kelihatan seperti cubaan untuk troll, mengejek pihak yang kalah.

“Namun di sebalik babak drama tersebut, sebenarnya terselit pengajaran supaya tidak berlebihan dalam bergurau sehingga boleh menjejaskan hubungan baik sesama rakan hanya kerana bola sepak,” jelas Issey Serok.

“Lepasa perlawanan tu aku terus teringat Kampung Pisang ni, Bell Ngasri teruk kena troll. Mungkin abang Mamat peminat Liverpool. Apa yang arwah buat dalam drama tu betul-betul berlaku,” jelas Faizal Nasrin. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI