fbpx

Malaysia komited ratifikasi RCEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 hari ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan Malaysia komited untuk meratifikasikan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menjelang hujung tahun ini.

Beliau berkata, RCEP akan membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi serta meningkatkan daya tahannya.

“Malaysia kekal dengan pendirian bahawa isu membabitkan Laut China Selatan perlu diselesaikan secara aman dan konstruktif, selari dengan undang-undang antarabangsa termasuklah Udang-Undang Laut 1982 (UNCLOS),” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya hari ini, dengan ia merupakan pendirian negara yang disampaikannya pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, Malaysia turut menggesa Myanmar untuk meneruskan komitmen negara tersebut dalam memastikan repatriasi yang berkesan pelarian serta melindungi hak asasi mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI