fbpx

Lelaki maut motosikal bertembung kenderaan pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa yang maut dalam kejadian semalam. /FOTO IHSAN PDRM

KENINGAU – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 5, Jalan Tambunan-Keningau berhampiran Kampung Moloson, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa yang berusia 25 tahun mengalami kecederaan parah dah disahkan meninggal dunia sewaktu sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tambunan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan tersebut pada pukul 8 pagi daripada orang awam.

“Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Keningau menuju ke Tambunan.

“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 67 tahun tiba-tiba memasuki laluan mangsa.

“Pemandu berkenaan dipercayai tidak sempat mengelak disebabkan jarak yang terlalu dekat dan terus bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahrudin berkata, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan kepala.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Tambunan, bagaimanapun meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI