fbpx

KPDNHEP lupus barang rampasan bernilai RM51.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman hari ini melupuskan sebahagian barang tiruan yang dirampas oleh KPDNHEP. /FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melupuskan pelbagai barang rampasan bernilai RM51.9 juta, hari ini.

Menurut Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam, semua barang yang dilupuskan adalah hasil rampasan pihaknya di seluruh negara sehingga September melibatkan pemeriksaan 632,242 premis di seluruh negara.

Menurut beliau, pihaknya telah mengambil tindakan terhadap 8,782 premis melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan berjumlah RM29.96 juta.

“Barang rampasan ini melibatkan tindakan kes di bawah pelbagai kesalahan antaranya Akta Cap Dagangan 2019, Akta Perihal Dagangan 2011.

“Akta Jualan Langsung 1999, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 membabitkan barang rampasan berkaitan cetak rompak, barang tiruan dan standard keselamatan,” katanya pada sidang akhbar ketika Majlis Pelupusan Ekshibit Mega di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Arab Malaysian Industrial Park, Nilai, di sini hari ini.

Katanya, hasil kutipan sementara yang sedang diuruskan kerajaan sebanyak RM2.19 juta selain hasil jualan lelong, sebut harga, tender dan jualan sebanyak RM935,477.

“Bagi lucut hak kewangan melalui perintah Mahkamah sebanyak RM734,594 juta dan selebihnya pemusnahan barangan kes bernilai RM28 juta,” ujarnya.

Tambahnya, sebanyak 7,830 kes di seluruh negara dikenakan kompaun bernilai RM4.11 juta tahun ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI