fbpx

Kesihatan mental kru operasi pesawat perlu dipantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kesemua kru operasi terutama juruterbang perlu dipantau tahap kesihatan mental mereka sebelum pesawat dengan membawa penumpang dibenarkan untuk terbang.

Saranan itu antara disuarakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) susulan kelonggaran rentas negeri dan negara sebagai persediaan memasuki fasa endemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Chester Voo Chee Soon berkata, langkah awal itu perlu ekoran kesan jangka panjang industri penerbangan yang terjejas teruk lebih setahun lalu.

“Operator wajar memantau rapat setiap petugas terutama bahagian operasi sebelum pesawat terbang,” katanya menerusi pekeliling Maklumat Keselamatan 06/2021 diterbitkan hari ini.

Memo bertajuk Tingkatkan Keselamatan, Latihan dan Penyelenggaraan Persediaan Industri Penerbangan Awam itu malah meletakkan pemeriksaan kesihatan mental sebagai isu utama.

Ini termasuk pihak pengurusan perlu melakukan saringan ke atas pekerja selain mewujudkan suasana selesa, selamat dan ada ruang bagi petugas menyuarakan permasalahan peribadi.

Syarikat penerbangan juga wajar ada sesi libat urus dan komunikasi jelas bagi segera bantu mengenal pasti sebarang isu dan menyediakan pertolongan di samping ada penilaian risiko.

“Justeru kempen kesedaran kesihatan mental dengan diadakan kumpulan sokongan adalah perlu serta ada zon selamat untuk kru bercakap mengenai masalah mereka,” kata Chester. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI