fbpx

Imigresen tak lantik ejen urus PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee (dua kanan) menunjukkan kemudahan kaunter tambahan Program Rekalibrasi Pulang PATI di KLIA hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Jabatan Imigresen (JIM) tidak pernah melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga untuk menguruskan pendaftaran Program Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya menerima maklumat dan pertanyaan berkaitan ejen serta pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan menguruskan pendaftaran Program Rekalibrasi PATI dengan mengenakan jumlah bayaran tertentu.

“Ada antara ejen dan pihak ketiga yang berselindung di sebalik nama NGO dan syarikat pembekal tenaga kerja bagi memancing majikan untuk menggunakan perkhidmatan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khairul Dzaimee menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang urusan dengan ejen dan pihak ketiga bagi tujuan pendaftaran program Rekalibrasi.

Katanya, JIM sentiasa membuat pengumuman dari semasa ke semasa dan orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung program tersebut boleh membuat pertanyaan melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) di pautan www.imi.gov.my. — K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI