fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda beberapa kawasan di negeri Sarawak pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu akan melanda negeri tersebut sehingga pukul 12 tengah hari nanti.

Jelasnya, antara kawasan yang terlibat ialah di Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pekan dan Julau), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Terdahulu, pada 20 Oktober pekan Yan, Kedah dilanda banjir selepas hujan lebat pada pukul 4.30 petang.

Kawasan pekan Yan mula dinaiki air pada pukul 6 petang selepas air di Sungai Yan melimpah apabila bertembung dengan air laut yang pasang malam ini.

Lebih 10 rumah di pekan Yan dan berdekatan Sungai Yan dimasuki air sedalam kira-kira satu meter dalam kejadian banjir kilat itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI