fbpx

Entiti tumpang bilik, rumah kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Bangunan kediaman atau bilik penginapan yang tidak berpenghuni atau di­tinggalkan dalam tempoh yang lama boleh mengundang keha­diran makhluk halus.

Lebih membimbangkan, keberadaan ‘penghuni baharu’ itu dikhuatiri akan mengganggu ketenteraman manusia yang dianggap sebagai penceroboh lokasi persinggahan mereka.

Pengamal perubatan Islam, Mohd. Romei Ngah berkata, beliau tidak menolak kemungkinan wujud entiti halus di bangunan atau premis terutama rumah dan bilik penginapan yang ditinggalkan biarpun dalam tempoh sementara.

MOHD. ROMEI

Menurutnya, dari sudut mistik, terdapat pelbagai faktor yang boleh dikaitkan dengan keha­diran ‘penghuni baharu’ terma­suk penginapan yang terletak di pinggir hutan atau berdekatan semak.

“Mereka yang meninggalkan rumah dalam tempoh lama berikutan larangan rentas negeri disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan diingatkan agar lebih berhati-hati.

“Mereka yang berhasrat pergi bercuti juga harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana penginapan yang ditempah mungkin menjadi lokasi persinggahan ‘penghuni baharu’.

“Kita tidak boleh nampak makhluk halus kecuali mereka yang mempunyai gangguan sihir atau saka. Apatah lagi jika loka­sinya terletak di tepi hutan, jadi memang mudah untuk masuk atau singgah,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Tambah beliau, bagi yang beragama Islam, ucapan salam perlu diberikan sebelum ma­suk ke dalam rumah atau lokasi penginapan diikuti laungan azan dan bacaan ayat Kursi sebagai pendinding bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang, N.V. Subbarow berkata, pelancong perlu menitikberat­kan aspek keselamatan bagi mengelak sebarang tragedi.

“Perlu diingatkan, kita bukan sahaja perlu patuh prosedur operasi standard Covid-19, malah pengunjung harus beringat akan keselamatan diri dan keluarga termasuklah aspek kebersihan kawasan sekeliling,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI