fbpx

Malaysia sedia jalin kerjasama dengan Korea Selatan, China melalui ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI Yaakob (tengah) ketika berucap mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak ASEAN dengan China dan Korea Selatan semalam– Ihsan Wisma Putra

PUTRAJAYA- Malaysia menzahirkan harapan bersedia menjalinkan kerjasama erat dengan Korea Selatan dan China dalam pelbagai isu termasuk bidang teknologi digital terbaharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu dapat direalisasikan menerusi ASEAN yang sekali gus memacu pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19.

Berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN – Korea Selatan Ke-22 secara maya, blok serantau itu perlu memperkukuhkan kerjasama dalam transformasi digital yang semakin berkembang.

“Korea Selatan dianggap peneraju dunia dalam teknologi ini yang mampu memacu produktiviti dan ini baik untuk melonjakkan iktisad antara ASEAN dan negara tersebut,” kata beliau.

Pada masa sama, kepakaran negara Asia Timur itu boleh dimanfaatkan dalam menangani ancaman jenayah siber yang dibimbangi boleh menjejaskan kerancakan e-dagang sejagat. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI