fbpx

Bapa azan anak baru lahir guna telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ipda mengazankan bayinya menerusi panggilan telefon ketika bertugas di dalam hutan. - Instagram@satbrimob_lampung/Bogordaily.ne

JAKARTA – Seorang anggota polis unit khas Indonesia menyentuh hati banyak pihak apabila mengazankan bayinya yang baru lahir menerusi panggilan telefon ketika bertugas di hutan bagi menjejaki pengganas, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video anggota bernama Ipda Rano Aprilianto, 33, itu menjadi tular di media sosial kerana memaparkan aksi mengazankan bayinya meskipun sedang bertugas demi mempertahankan negara. 

“Assalamualaikum. Ini Pipi, sayang. Sudah lahir (anak) ya?” kata Ipda kepada isterinya.

“Sudah lahir. Perempuan,” jawab isterinya.

Ipda yang lebih mesra disapa Pipi oleh isterinya itu kemudiannya mengazankan bayinya sambil menitiskan air mata tanda terharu.

Pada bahagian belakangnya, kelihatan seorang anggota sepasukan sedang berkawal. 

Video itu kemudiannya menerima komen daripada Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Wilayah Lampung, Komisioner Zahwani Pandra Arsyad yang mengesahkan bahawa Ipda merupakan seorang anggota polis.

Dia disahkan sedang bertugas dalam Operasi Pasukan Petugas Madago Raya tahap 3 dan 4 di wilayah Sulawesi Tengah. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI