fbpx

Ada laporan polis, kita akan siasat – Hamzah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah.

PUTRAJAYA – “Jika ada laporan polis, ia (dakwaan) akan disiasat.”

Itu penjelasan Menteri Dalam, Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung pendedahan rasuah dan salah guna kuasa pegawai kanan kerajaan yang dibongkar pengendali laman Twitter dan Telegram bernama Edisi Siasat sejak beberapa minggu lalu.

Hamzah berkata, beliau mengakui baharu sahaja mendengar mengenai perkara itu hari ini.

“Saya baru dengar ini (perkara ini). Saya tak tahu pun perkara ini.

“Bagaimanapun, segala kesalahan membabitkan sesiapa sahaja, kalau ada laporan polis, ada siasatan dan kita akan beri kerjasama,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ke-6, hari ini.

Semalam, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakwaan yang dibongkar laman Twitter berkenaan.

Sejak beberapa minggu lalu, pengendali laman Twitter @edisi_siasatmy mendedahkan pembabitan beberapa pegawai tertinggi PDRM yang terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa.

Ia turut mendedahkan pembabitan pengarah pengurusan tertinggi sebuah agensi penguat kuasa yang didakwa melindungi sindiket dan terbabit rasuah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI