fbpx

Wanita terima mas kahwin RM1.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berasal dari wilayah Banten itu berkahwin dengan seorang lelaki dari Australia. - Instagram @info_Cilegon

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan di Indonesia menjadi tular baru-baru ini kerana didakwa menerima mas kahwin sebanyak 5 bilion rupiah (RM1.5 juta) daripada suaminya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Wanita yang berasal dari bandar Cilegon dalam wilayah Banten itu berkahwin dengan seorang lelaki dari Australia.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, wanita tersebut dan suaminya kelihatan memakai busana pengantin berwarna putih dalam majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah lokasi popular di Banten, Kebon Sengon Sari Kuring.

“Jangan sampai video ini ditonton oleh calon mentua anda. Amat berbahaya sekiranya si lelaki ingin meminang calon isterinya, dia akan dibandingkan dengan jumlah mas kahwin yang diterima wanita ini.

Mas kahwin  itu menjadi tular dengan ramai netizen meninggalkan pelbagai komen yang menyifatkan wanita berkenaan sebagai beruntung.

“Bagi yang masih meletakkan motosikal pada bahagian ruang tamu rumah, diharap terus bersabar,” kata seorang pengguna.

“Orang Asia yang teramat kaya (Crazy, rich Asian),” kata seorang lagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI