fbpx

Versatil Foden dapat pujian Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FODEN meraikan jaringan keduanya ketika membantu City menewaskan Brighton 4-1 pada saingan EPL di Stadium Amex awal pagi semalam. – AGENSI

BRIGHTON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memuji aksi ditampilkan penyerang, Phil Foden selepas dia membantu pasukan itu menewaskan Brighton 4-1 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di ­Stadium Amex awal pagi semalam.

Foden yang juga pemain antarabangsa England berjaya menampilkan aksi cukup baik apabila menjaringkan dua gol, manakala Ilkay Gundogan dan Riyad Mahrez masing-masing meledak satu gol.

Guardiola nyata kagum dengan peranan yang dimainkan Foden pada perlawanan tersebut selain melabelkan pemain berusia 21 tahun itu sebagai pemain serba lengkap kerana mampu beraksi di banyak posisi.

“Ada sesetengah pemain ­hanya boleh bermain di satu posisi. Selain itu, ada pemain yang boleh bermain secara keseluruhan dan itu bermakna mereka faham apa yang diperlukan dalam setiap perlawanan.

“Dia (Foden) boleh bermain sebagai penyerang, pemain tengah serta memiliki kemampuan untuk berada di posisi sepatutnya. Selain itu, dia juga boleh bermain sebagai false nine dan bahagian sayap,” katanya.

Sementara itu, Foden juga berpuas hati dengan aksi ditampilkan pada perlawanan tersebut selain mengakui selesa dengan peranannya sebagai penyerang tengah, berbeza jika dibandingkan posisi sebelum ini.

“Saya sangat gembira dengan posisi hari ini (semalam). Saya boleh turun ke bawah untuk mengutip bola serta membantu rakan sepasukan melakukan serangan. Ini adalah peranan yang baharu untuk saya tetapi saya sangat selesa,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI